Minum bir di PKRC: Polis kenal pasti individu terbabit

0
1

POLIS telah mengenal pasti enam lelaki dan dua wanita yang dipercayai terbabit dalam insiden minum bir di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, semua individu itu dilapor sudah dibenarkan pulang selepas tempoh kuarantin mereka tamat.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut dengan memanggil setiap individu terbabit untuk soal siasat.

“Siasatan menjurus kepada bagaimana minuman itu diperolehi sama ada dibawa masuk sendiri atau dengan bantuan pihak lain,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Hazani berkata, pihak terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terbukti melanggar peraturan.

Sebelum ini, insiden berkenaan tular selepas rakaman video berdurasi 12 saat memaparkan seramai enam lelaki dan dua wanita sedang minum bir ketika dikuarantin di PKRC terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here