3,306 kes baharu, 4 kematian hari ini

0
1
grafik

Nurul Huda Abhar

SEBANYAK 3,306 kes harian jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 161,740 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah 38,791 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, daripada kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 3,299.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,213 kes. Ini diikuti Sabah sebanyak 432 kes dan Johor 329 kes.

“Terdapat pertambahan empat kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 605 kes,” katanya hari ini.

Sementara itu, sehingga kini terdapat 226 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 94 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here