Liga M: JDT ikat Jonathan Herrera, Diaz kembali ke Liga Super

0
1

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan penyerang dari Argentina, Jonathan Herrera sebagai pemain import baharu pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kemasukan bekas penjaring terbanyak Liga Primera Nacional itu disahkan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dalam kenyataan rasmi di Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

“Kami telah melihat beberapa pemain untuk melengkapkan pasukan dan pada akhirnya, kami memutuskan untuk menandatangani Jonathan Herrera sebagai penyerang luar negara kami.

“Kami percaya Herrera adalah pemain yang sesuai oleh kerana umurnya dan cara beliau bermain sesuai dengan corak permainan kami. Kami akan memperkenalkan Herrera secara rasmi selepas beliau melengkapkan tempoh kuarantin dan akan mengumumkan lagi dua pemain selepas itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, bekas penyerang JDT Jorge Pereyra Diaz dikhabarkan bakal kembali ke saingan Liga M musim ini.

Perkara ini dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam yang memaklumkan Diaz telah mengadakan rundingan bersama pasukan yang akan bersaing di Liga Super. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here