Kes rogol dalam lokap: 2 anggota digantung tugas

0
1

POLIS Sarawak mengambil tindakan segera dengan menggantung tugas dua anggotanya susulan kejadian rogol yang didakwa berlaku di dalam tandas lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidil Ismail berkata, kedua-dua anggota terbabit kini digantung kerja sementara siasatan rapi dijalankan.

“Saya tidak boleh memberi maklumat lanjut sehinggalah siasatan selesai dalam masa terdekat,” katanya lapor Kosmo.

Dalam kejadian itu seorang remaja perempuan mendakwa dia telah dirogol oleh seorang tahanan lain di dalam tandas di lokap berkenaan.

Sementara itu, Aidil berkata, tahanan lelaki yang dikatakan merogol mangsa sudah didakwa atas pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan kes akan disebut semula di Mahkamah Miri pada 9 Februari depan.

Sebelum ini media melaporkan, dalam laporan polis remaja perempuan berusia 16 tahun itu mendakwa ditahan sepasukan anggota polis di tempat kerjanya di sebuah restoran makanan laut di Miri, 8 Januari lalu, kerana disyaki terbabit aktiviti perjudian haram.

Dia kemudian ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri selama satu malam bagi membantu siasatan.

Remaja itu mendakwa, dia satu-satunya wanita ditahan di lokap berkenaan dan diletakkan dalam sel berasingan dengan 12 lagi tahanan lelaki.

Bagaimanapun, dia mendakwa, sel yang menempatkan 12 tahanan lelaki itu tidak berkunci.

Remaja itu mendakwa, antara jam 4 hingga 5 pagi, seorang tahanan lelaki dikatakan memiliki kunci lokap tahanan wanita, membuka pintu sel itu dan membawanya ke tandas balai polis sebelum merogolnya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here