Hanya dua daerah di Semenanjung kekal zon hijau

0
1

HANYA daerah Hulu Terengganu dan Cameron Highlands masih kekal zon hijau Covid-19 di Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan infografik dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Facebooknya, ia adalah berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 di Malaysia mengikut daerah setakat semalam.

Menurut KKM, terdapat 21 daerah berada dalam zon kuning iaitu enam di Pahang serta masing-masing empat di Perak, Terengganu dan Kedah selain masing-masing satu di Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.

Pada masa sama terdapat 12 zon jingga di seluruh negara iaitu masing-masing tiga di Perak, Negeri Sembilan dan Kedah, serta dua di Pahang dan satu di Kelantan

Perlis yang sebelum ini dikategorikan sebagai zon hijau, kini zon jingga setelah merekodkan 26 kes dalam tempoh 14 hari.

Semua daerah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka adalah zon merah.

Sementara itu di Sabah, semua daerah zon merah kecuali Tongod dan Telupid (kuning) serta Nabawan, Kuala Penyu dan Beluran (Jingga).

Di Sarawak, sebanyak 16 daerah masih kekal zon hijau, diikuti 12 daerah zon kuning dan sebuah daerah zon jingga iaitu Bintulu, manakala zon merah ialah Kuching, Miri dan Sibu.

Untuk rekod, zon merah mempunyai 41 kes positif Covid-19 atau lebih, manakala kawasan yang mempunyai 21 hingga 40 kes positif dirujuk sebagai zon jingga.

Zon kuning pula merujuk kepada kawasan yang mempunyai satu hingga 20 kes positif, manakala zon hijau adalah kawasan yang tiada kes positif.

Semalam Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi sejak wabak Covid-19 melanda negara iaitu 4,029. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here