Rugi RM6,000 pelanggan homestay ‘rembat’ barangan rumah

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

SEORANG penguasaha homestay mengalami kerugian RM6,000 selepas rumah penginapannya di Shah Alam, Selangor ‘dirompak’ pelanggannya sendiri baru-baru ini.

Mangsa, Joe Eu yang berkongsi kejadian di Facebook memaklumkan beberapa barangan berharga di rumah penginapannya seperti Televisyen, PlayStation 4, Sonic Gear soundbar, air cooler dan komputer riba telah dicuri pelanggannya.

Katanya kejadian berlaku pada 10 Januari lalu diantara jam 3.47 petang sehingga 3 pagi.

Lebih menambah ‘geram’, pelanggan yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita itu juga merosakkan barangan di rumah terbabit.

“Saya amat memerlukan pertolongan anda untuk mencari suspek-suspek yang menyewa rumah saya dengan tujuan merosakkan dan mencuri harta benda saya.

“Saya amat kesal dengan perbuatan mereka yang sanggup sewa rumah orang untuk tujuan mencuri walaupun adanya cctv di sekitar bangunan. Untuk saya, mereka adalah individu yang sangat berani malah seolah-olah tiada perasaan malu dengan perbuatan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau juga turut berkongsi maklumat pelanggan terbabit yang dikenali sebagai Reza Rejab termasuk imej pelaku dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dipintu masuk homestay.

Daripada video berkenaan semua suspek dilihat memandang kamera terbabit berulang kali sebelum kejadian dan merosakannya apabila mereka ‘check out’ dari homestay berkenaan.

Beliau juga memberi ganjaran penginapan percuma lima hari di homestay berkenaan sekiranya ada pihak yang berkongsi maklumat berkaitan suspek.

Sementara itu, menerusi perkembangan terbaru Joe memaklumkan keluarga Reza ada menghubunginya dan beliau meminta orang ramai tidak menganggu keluarga berkenaan.

“Berkenaan kes homestay, saya minta anda tidak post apa-apa mengenai keluarga Reza kerana mereka sudah bagi kerjasama.

“Mereka sendiri tidak tahu di mana dia berada sekarang. Minta jasa baik yang mana ada komen mengenai keluarga dia minta tolong padam kerana laporan polis sudah dibuat,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here