‘Kerajaan perlu berunding dengan Sony untuk kekal beroperasi di Malaysia’ – Putra

0
2

KERAJAAN harus berbincang dengan pihak Sony bagi memastikan perniagaan syarikat tersebut terus melabur di Malaysia untuk merancakkan kembali ekonomi negara.

Ketua Penerangan Putra Malaysia, Ashraf Rosli berkata, tindakan penutupan syarikat itu akan menyebabkan lebih ramai pelabur dari luar enggan melabur di Malaysia akibat ketidakstabilan politik dan ekonomi negara ketika ini.

Beliau merujuk kepada satu laporan media mengenai 3,400 pekerja akan diberhentikan kerana penutupan kilang Sony di Perai, Pulau Pinang selepas 36 tahun beroperasi.

Ashraf Rosli

“Ini menunjukkan kegagalan kerajaan untuk berunding bahkan mewujudkan ruang untuk pelabur luar melabur didalam negara kita.

“Pada tahun 2020, Malaysia telah hilang banyak pelaburan. Walaupun dalam keadaan Covid-19 jiran kita iaitu Indonesia telah berjaya menarik pelabur luar seperti Hyundai sebanyak RM 4.02 billion, Amazon sebanyak RM 10.0 billion, LG Chem RM 39.37 billion.

“Bagi Putra ini adalah kegagalan yang besar bagi pihak kerajaan terutama pihak Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi yang gagal menarik pelabur untuk melabur dan mewujudkan ruang pekerjaan dinegara kita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, pihaknya mendesak agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memohon pihak Sony mengekalkan kilang di Malaysia agar rakyat tempatan dapat meneruskan pekerjaan dan menjamin pendapatan mereka ketika Covid-19 melanda negara.

“Jikalau gagal, maka letak sahajalah jawatan dan berikan kepada orang yang lebih layak untuk memacu ekonomi negara,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here