Netizen terhibur aksi ala ‘fashion show’ pesakit Covid-19 di Maeps

0
2

Nurul Huda Abhar

PUSAT Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) kembali menjadi perbualan apabila tular video pesakit kelihatan meriah seperti sedang membuat acara ‘fashion show’.

Video yang tular di laman TikTok tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun @syhdysra atau Syahida dengan durasi 32 saat.

Kandungan video tersebut menunjukkan semua pesakit sedang melakukan aktiviti riadah, dan kelihatan wajah mereka ceria walaupun sedang menjalani tempoh kuarantin.

Beberapa pesakit meniru aksi model ‘catwalk’ sedang membuat peragaan fesyen dan ada juga sedang menyanyi.

Selain itu, para ketugas kesihatan juga melakukan acara senaman bersama pesakit Covid-19, walaupun mereka dipisahkan antara bilik kaca.

Malah, pesakit yang dikuarantin mengambil inisiatif membantu petugas kesihatan mengagihkan makanan kepada pesakit lain, bagi meringankan bebanan tugas yang dihadapi petugas di PKRC MAEPS.

Reaksi pengguna media sosial yang menonton video tersebut menganggap itu adalah satu perkara baik yang dilakukan pihak petugas kesihatan, mahupun pesakit Covid-19 untuk sentiasa positif melawan virus berkenaan.

PKRC adalah pusat kuarantin yang menempatkan pesakit tahap 1 dan 2 dimana pesakit yang dijangkiti Covid-19 adalah dalam kalangan bergejala ringan ataupun tanpa sebarang gejala. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here