Minta Zahid berehat: ‘Bersifat peribadi, tidak wakili Pemuda Umno Pontian’

0
2

SARANAN Ketua Pemuda Umno Pontian yang meminta supaya Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berehat adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili keseluruhan bahagian berkenaan.

Naib Ketua Pemudanya, Mohd Fauzi Sunawan berkata, tiada usul dikemukakan ataupun diluluskan Pemuda Umno Pontian pada 3 Januari lalu berhubung perkara itu.

“Selaku Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Pontian, saya ingin membuat penjelasan mengenai kenyataan akhbar Ketua Pemuda Umno Bahagian Pontian berhubung saranan beliau agar DS Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘berehat’.

“Perkara yang beliau nyatakan itu hanyalah pendapat peribadi. Ini kerana tiada usul seumpama itu dibawa atau dilulus semasa Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Pontian pada 3 Jan 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ni.

Menurutnya, dalam mesyuarat khas ahli jawatankuasa Pemuda bahagian pada 29 Dis 2020 juga tidak pernah dibangkitkan mengenai perkara itu.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Pontian, Helmi Buang mempertahankan pendiriannya supaya presiden Umno berehat secara terhormat meskipun berdepan tindakan parti.

Helmi menegaskan, apa yang disuarakannya adalah pandangan peribadi kerana mahu melihat parti itu kembali meraih kepercayaan rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here