Keputusan saringan Covid-19 Mohd Redzuan negatif

0
2

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof disahkan negatif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan, semalam.

Kenyataan yang dikeluarkan kementerian tersebut hari ini memaklumkan Mohd Redzuan menjalani ujian saringan Covid-19 selepas mendapat makluman bahawa beliau kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Kontak rapat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dinasihatkan untuk tidak panik dan kekal tenang.

“Beliau turut menasihati agar semua kontak rapat kepada invidividu yang disahkan positif untuk membuat ujian saringan Covid-19.

“Orang ramai turut diseru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya hari ini.

Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19, Ahad lalu manakala semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pula disahkan positif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here