Gencatan politik tangani Covid-19

0
1

PENGISYTIHARAN Proklamasi Darurat selain bagi memastikan ekonomi kembali pulih dan keselamatan masyarakat terkawal, ia juga dilihat sebagai langkah ‘gencatan politik’.

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendapat gencatan politik itu perlu supaya dapat kembali kepada keadaan dalam pengawalan demi menuju ke Pilihan Raya Umum (PRU).

Naib Ketua Armada, Mandela Malakun berkata, pengisytiharan darurat yang tidak membabitkan perintah berkurung itu bererti urusan harian masyarakat tidak terjejas terutama dalam ikhtiar kelangsungan hidup dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam norma baru yang ditetapkan.

“Inilah masanya kita kembali bersatu hati, meletakkan segala iltizam segandingan dari pimpinan hingga ke masyarakat dalam memastikan penularan Covid-19 dikawal.

“Segala jenis politik perebutan kuasa perlu ditolak, di samping menghormati kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Kepimpinan eksekutif Perdana Menteri di bawah kuasa agong menerusi ordinan darurat juga perlu dipatuhi untuk memastikan Malaysia mampu keluar dari situasi Covid-19 dan ekonomi dipulihkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Armada di bawah pimpinan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal akan terus membantu dan menjadikan ejen pemuda cara dalam memastikan segala urusan membantu rakyat dapat dilaksanakan berdasarkan Belanjawan 2021.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here