‘PKR nak jaga rakyat? Gaji staf sendiri pun tertunggak’

0
1
Tricycle passing through Barisan Nasional and PKR flags along Jalan Keretapi Lama in Klang.

GAJI petugas kepada agensi milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan berlaku tunggakan selama dua bulan berturut-turut sejak Disember lepas.

Sumber Malaysiapost yang juga merupakan petugas terlibat di syarikat milik parti itu ketika dihubungi berkata, sejak kebelakangan ini, berlaku kelewatan berkenaan pembayaran gaji petugas media di agensi tersebut.

“Bukan tak bayar langsung, ada cuma lewat. Hari ini dah masuk 11 haribulan, susahlah kalau macam ni.

“Benda ni dah berlaku dua bulan sejak bulan lalu dan bulan ni. Bulan lepas ada juga dapat, tapi lewat. Bulan ni nampaknya lagi lambat berbanding bulan lepas,’ katanya ketika dihubungi.

Dalam satu status yang dimuat naik oleh seorang petugas media berkata, perkara tersebut tidak mengejutkan.

Ia berikutan beberapa tahun lepas, dakwanya petugas di ibu pejabat parti itu juga mengalami perkara sama – tunggakkan pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) sehingga berbulan-bulan.

“PKR sembang nak jaga kebajikan rakyat? Gaji pekerja pun tertunggak dengar cerita.

“Dulu pun ada caruman KWSP staff HQ(ibu pejabat) mereka sampai berbelas bulan tertunggak,” katanya.

Ketika dihubungi, pemilik akaun Facebook itu memaklumkan, beberapa tahun lepas, kenalan rapatnya di ibu pejabat parti itu memintanya untuk mendedahkan tunggakan caruman KWSP tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas beliau menghubungi pegawai di ibu pejabat berkenaan untuk membuat pengesahan, pembayaran semua tunggakan sedang dibuat serta-merta.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here