Berita PM jalani rawatan kanser palsu

0
1

Nurul Huda Abhar

KHABAR angin yang mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser adalah tidak benar dan berniat jahat.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan Muhyiddin telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau.

“Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar,” kata kenyataan itu, hari ini.

Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman khas pada jam 6 petang ini mengenai tindakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 yang meningkat kebelakangan ini.

Berdasarkan maklumat yang tersebar, dilaporkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dengan prosedur operasi standard yang lebih ketat akan dilaksanakan di beberapa negeri antaranya Selangor, Putrajaya, Johor, Pulau Pinang serta Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here