Kes Covid-19 makin meningkat – Nabil, Ayda batal majlis resepsi di Langkawi

0
1

PENGACARA Nabil Mahir terpaksa membatalkan majlis resepsi sebelah pihak lelaki ekoran peningkatan kes Covid-19 yang mendadak ketika ini.

Menerusi hantaran di laman Instagram (IG)nya, suami kepada penyanyi Ayda Jebat itu memberitahu majlis berkenaan sepatutnya berlangsung pada 9 Januari lalu di Langkawi.

Menurutnya, persiapan majlis tersebut telah lama dibuat, beserta hadiah kejutan untuk ibunya.

“Semalam birthday Mama 9.1.21 sepatutnya tarikh resepsi belah saya di Langkawi.

“Persiapan bermula selepas pertunangan dan semuanya dan ready. Surprise untuk Mama pun ada,” tulisnya.

Namun, dia terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan majlis resepsi itu demi memikirkan keselamatan keluarga dan tetamu.

“Tapi memandangkan kes sangat tinggi, kami sekeluarga putuskan untuk membatalkan majlis itu untuk keselamatan tetamu dan keluarga. Asal buat yang wajib, kita dah gembira.

“Kita boleh rancang. Tapi Allah lagi mengetahui. Redha dan Insya-Allah Allah berikan yang lebih baik,” katanya lagi.

Pasangan Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.

Mereka adalah pasangan selebriti yang melangsungkan majlis pertunangan atas talian pada 28 April 2020 berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here