Contohi muafakat kepimpinan Sabah – Pemuda PN

0
1

PEMUDA Perikatan Nasional (PN) menyeru supaya muafakat utuh kepimpinan Sabah menjadi teladan dan iktibar buat seluruh kepimpinan politik negara.

Ketuanya, Khairil Nizam Khairudin berkata, ia bagi menjamin kestabilan politik dan pengukuhan kerajaan PN di peringkat Persekutuan.

Katanya, secara tidak langsung, ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang progresif di saat berhadapan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Ketua Menteri Sabah dan seluruh kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di atas kesepakatan untuk memperkukuh gabungan demi mengutamakan kepentingan rakyat.

“Memorandum Persefahaman Kerjasama Politik GRS ini disepakati sembilan parti di Sabah; Bersatu, Umno, SAPP, Star, PAS, PBS, PBRS, MCA dan MIC.

“Ia membuktikan kesatuan kepimpinan mampu menjamin kestabilan politik dan usaha pembangunan yang tuntas untuk rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khairil berkata, beliau yakin kejayaan permuafakatan itu adalah hasil kepimpinan yang istiqamah dan progmatik serta berjiwa besar.

“Untuk mengenepikan kepentingan peribadi demi menjamin kelangsungkan dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here