Mercedes S560e kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang

0
1
PENANG 07/01/2021: The Mercedes Benz C200 belong to the Chief Minister of Penang seen here at Wisma DAP on January 7th. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dibekalkan dengan kereta rasmi baharu model Mercedes S560e bagi mengantikan kereta Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang berkata, pembelian kereta itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 29 November 2019.

“Pembelian Mercedes S560e adalah sebagai menggantikan kereta rasmi sedia ada, Mercedes S300L yang dibeli dengan harga RM298,263.75 pada 2013,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, tarikh pembelian Mercedes S560e adalah pada 31 Disember 2020 dengan kos pembelian sebanyak RM458,122.78, iaitu penjimatan sebanyak RM127,765.22 daripada harga asal. -Malaysiapost

Foto Kredit: Sayuti Zainudin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here