Nenek dera cucu sampai mati disambung reman

0
1
grafik

WANITA warga Indonesia yang disyaki mendera cucu saudaranya sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan itu disambung reman, mulai esok.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 55 tahun itu direman enam hari lagi.

“Polis mendapat perintah sambung reman terhadap suspek selama enam hari bermula esok sehingga 13 Januari depan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Wanita itu yang sebelum ini ditahan pada 1 Januari lalu direman enam hari dan tempoh tahanan itu tamat, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa berusia lima tahun disepak dan ditendang sehingga usus pecah oleh suspek sejak tinggal bersama pada 2017.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya di rumah mereka di Kampung Sungai Chinchin pada 7 malam, 30 Disember lalu sebelum menghubungi ambulans.

Hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan pada ususnya yang pecah dipercayai kerana didera. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here