Terbaik Tuanku!

0
2

TABIK! Itu reaksi Malaysiapost selepas melihat gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sanggup meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Paling mengujakan aksi Yang di-Pertuan Agong memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux sambil ditemani Raja Permaisuri Agong.

Berdasarkan perkongsian Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran, Pahang.

Baginda berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar daerah berkenaan dengan turut menamani kedua-dua baginda adalah Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here