PERIKATAN Nasional (PN) hari ini mengumumkan pelantikan Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN).

Menerusi perkongsian di Facebook Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Johor selain Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengetuai PN di Selangor.
Berikut adalah senarai bagi Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang lain.
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Terengganu:
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan:
Datuk Ahmad Yakob
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak:
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah:
Muhammad Sanusi Md Nor
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sabah:
Datuk Seri Panglima Hajiji Noor
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang:
Datuk Saifuddin Abdullah
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Negeri Sembilan:
Datuk Eddin Syazlee Shith
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang:
Datuk Shabudin Yahaya
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perlis:
Mohd Shukri Ramli
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Melaka:
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sarawak:
Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan:
Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya. -Malaysiapost

