Netizen persoal wujud ‘double standard’ rawatan pesakit Covid-19

0
1

Nurul Huda Abhar

PENINGKATAN jumlah jangkitan baharu Covid-19 yang mendadak menjadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) bagi tahap satu dah dua semakin sesak dan tidak dapat menampung pesakit yang perlu dikuarantin.

Terdapat maklumat bahawa pesakit yang telah mendapat keputusan ujian saringan Covid-19 dan disahkan positif perlu menunggu lebih daripada lima hari untuk di ambil petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke hospital.

Ini berikutan kekangan jumlah kakitangan dan PKRC yang padat menyukarkan proses mengambil dan menghantar pesakit positif Covid-19.

Menerusi tulisan pemilik akaun Facebook Tieyna Anan di ruang komen, dia memberitahu telah menunggu lima hari untuk di bawa ke hospital selepas disahkan positif Covid-19.

Namun, sehingga hari ini petugas KKM tidak muncul dan dia kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Kalau artis orang ada nama cepat je bawa ke hospital. Aku ni dah berapa hari bertarung dengan Covid. Tetapi KKM belum mari ambil,” tulisnya hari ini.

Tulisan Tieyna Anan itu respon kepada berita mengenai bekas isteri Fizo Omar dan anak yang disahkan positif Covid-19 hari ini sedang dibawa petugas KKM untuk menjalani kuarantin.

Tieyna Anan juga memberitahu keadaan dirinya kini sangat lemah berikutan demam.

Selain itu, terdapat lagi beberapa komen yang menyatakan rakannya diambil oleh petugas KKM hanya selepas sembilan hari disahkan positif Covid-19.

“My friend hari ke sembilan baru nak diangkut dari rumah ke Sungai Buloh, kalau artis atau public figure laju pulak,” tulis Saffsu Ridzwan.

Semalam, KKM sedang menilai cadangan untuk mengasingkan individu positif Covid-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan dikuarantin di rumah.

Ia disebabkan sehingga kini masih terdapat kelewatan petugas KKM menghantar pesakit dari rumah ke PKRC ataupun ke hospital.

Ini kerana pertambahan kes harian yang tinggi serta kemampuan hospital dan PKRC adalah terhad. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here