Nurul Huda Abhar
BIARPUN telah memasuki tahun 2021, mentaliti sesetengah pihak masih di takuk lama apabila tidak menghargai pembinaan arca di kawasan tumpuan pelancong.
Malah, mereka tanpa rasa bersalah duduk di atas arca penyu yang baru sahaja dirasmikan tidak sampai seminggu lalu.
Menerusi perkongsian di Facebook Negeri Sembilan Kini, satu foto menunjukkan pengunjung di Pengkalan Balak, Melaka duduk di atas arca berbentuk penyu dan telur penyu itu sebagai meja ‘picnic’.
“Kesian la kat orang lain nak bergambar. Dah jadi ‘port picnic’ dan tempat duduk, siap letak makanan lagi ikat atas telur penyu tu.
“Belum seminggu arca penyu tu siap. ‘Common Sense mana wahai Malaysian? Low mentality sangat ni,” tulisnya.
Komen-komen di hantaran tersebut turut kecewa dengan sikap pengunjung di pantai berkenaan yang tidak bertanggungjawab merosakkan arca terbabit.
“Baru lagi kot arca ni. Tak sempat nak ke situ lagi sebab masih ramai orang. Aku rasa aku tau mana letak tempat ni. Dan aku nak bagi cadangan, pada yang datang berkelah kat situ tolong bawa sama plastik sampah lebih.
“Nanti sampah domestik yang kita bawa jangan tertinggal kat situ. Pakat kita tolong jaga sama,” tulis Mohd Faizal Isa.

“Majlis perbandaran kena buat satu papan tanda kat situ..hanya untuk bergambar sahaja.. Kadang-kadang mentaliti orang ni lain-lain.. Ada yang faham tujuan arca tu apa.. Ada yang buat-buat tak faham dan ada yang memang tak faham,” komen Eida ZA. – Malaysiapost

