Anak Presiden Umno dilantik Ahli Perbadanan SME Corp

0
2

DATUK Nurulhidayah Ahmad Zahid dilantik Ahli Perbadanan SME Corp iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).

Surat pelantikan anak Presiden Umno itu diserahkan oleh Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Nurulhidayah.

Pengumuman itu dibuat Wan Junaidi selepas ditemui pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Pelancaran Hala Tuju MEDAC 2021, lapor Malaysia Gazette.

Turut dilantik bagi jawatan sama adalah Koong Lin Loong.

Sementara itu, Nurulhidayah menerusi Instagram miliknya memaklumkan pelantikan itu tiada kaitan dengan bapanya.

“Alhamdulillah. Tapi nak bagtahu Zahid Abah kepada Nurul takda kena mengena dalam pelantikan ini.

“Anak Zahid bawa resume/CV sendiri serah kepada menteri kerana merasakan beliau layak memberi sumbangan kepada agensi itu selaras dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam pelbagai bidang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here