PKD Cameron Highlands nafi keluarkan senarai pergerakan individu positif Covid-19

0
1

PEJABAT Kesihatan Daerah (PKD) Cameron Highlands memaklumkan segala maklumat pergerakan kes Covid-19 yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu bukanlah daripada pihaknya.

Menerusi hantaran di Facebooknya, PKD Cameron Highlands berkata perkara itu telah disebarkan oleh individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai diingatkan agar tidak mempercayai dan menyebarkan sebarang berita dan maklumat tentang wabak Covid-19 tanpa menyemak terlebih dahulu dengan pihak PKD Cameron Highlands,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini tersebar maklumat di media sosial kononnya terdapat 19 premis di Cameron Highlands yang menjadi lokasi pergerakan individu didapati positif Covid-19.

Berdasarkan maklumat itu, kononnya lokasi pergerakan tersebut membabitkan 11 premis di Kampung Raja, masing-masing tiga premis di Kampung Terla dan Kea Farm serta dua premis di Tanah Rata.

Turut disertakan sehelai kertas berkenaan senarai penuh nama premis terbabit, selain notis penutupan telah dikeluarkan untuk tujuan sanitasi.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) yang berkongsi pautan dimuat naik PKD Cameron Highlands berharap rakyat Malaysia tidak mempercayai maklumat yang tidak benar daripada pihak tidak bertanggungjawab. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here