Bekas suami Datuk Seri Vida gagal hak hadanah bertemu Cik B, Kacak

0
1

MAHKAMAH Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini memutuskan bekas suami jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida, gagal mendapatkan hak hadanah untuk bertemu dengan dua anaknya.

Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty mengarahkan Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak menghubungi bapa mereka, Mohd Amin Yasin sekurang-kurang sebulan sekali.

Abu Bakar berkata, ia bertujuan mengelak ikatan silarutahim antara anak dengan bapa terputus.

“Mahkamah turut memberikan hak kepada kedua-dua beradik itu untuk membuat keputusan bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia.

“Ibu tidak mempunyai hak untuk menghalang kedua-dua anak sekiranya bersedia untuk bertemu ayah mereka,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Dalam prosiding itu, Datuk Seri Vida diwakili peguam Nurul Shuhada Ab Aziz manakala Mohd Amin diwakili peguam Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Selain Cik B dan Kacak, Mohd Amin yang berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang ketika itu masing-masing berusia 11 dan 10 tahun meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh pada 2013.

Mohd Amin sah bercerai dengan Dr Vida pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here