Banjir: 17,829 mangsa dipindahkan

0
1

BANJIR yang melanda negara ketika ini kini membabitkan lima negeri dengan jumlah keseluruhan mangsa dipindahkan adalah 17,289 daripada 5,175 keluarga di 234 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Berdasarkan statistik dikeluarkan Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) sehingga jam 11.30 pagi tadi, lima negeri yang terjejas adalah Pahang, Johor, Kelantan, Perak dan Selangor.

Pahang mencatat jumlah tertinggi iaitu 9,747 mangsa daripada 3,162 keluarga di sembilan daerah, manakala Johor kedua dengan 7,439 mangsa membabitkan 1,870 keluarga juga di sembilan daerah.

Kelantan pula merekodkan 296 mangsa daripada 73 keluarga di dua daerah dan Perak seramai 170 mangsa membabitkan 58 keluarga di dua daerah, manakala Selangor 120 mangsa daripada 37 keluarga di daerah Hulu Selangor.

Portal berkenaan melaporkan setakat pagi tadi secara rasmi satu kematian dicatatkan di Johor dan terkini media melaporkan satu lagi korban di Jerantut, Pahang.

Secara keseluruhan 22 daerah terjejas membabitkan lima negeri berkenaan dengan 234 PPS dibuka setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here