Amaran cuaca peringkat jingga, kuning di 5 negeri

0
2

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dan waspada peringkat kuning di lima negeri hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, cuaca buruk akan berlaku di Terengganu (Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing).

“Ketiga-tiga negeri itu dijangka dilanda hujan lebat yang berterusan sehingga esok.

“Sementara itu, bagi amaran peringkat kuning di mana hujan lebat dijangka berlaku sehingga Selasa, ia membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah,” katanya, hari ini.

Amaran tersebut termasuk di seluruh negeri Kelantan, manakala di Terengganu daerah terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang pula, daerah yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera manakala di Johor, daerah Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sandakan, Sabah seperti Telupid, Kinabatangan dan Beluran serta daerah Kudat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here