Hanya ‘persinggahan’ di Thailand, Sumareh kembali ke Liga Malaysia

0
2

PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh kembali ke Malaysia, selepas empat bulan bersama kelab Thailand, Police Tero FC.

Pemain naturalisasi Malaysia berusia 26 tahun itu, mengucapkan terima kasih kepada kelab Thailand tersebur yang memberinya peluang selain merawat kecederaannya, sejak September 2020, lapor Bernama.

“Ia sesuatu yang mencabar sebagaimana sebelum ini, namun ia mempersiapkan saya untuk tahun baharu 2021 dan saya sudah bersedia secara fizikal mahupun mental.

“Saya memutuskan untuk kembali ke Malaysia dan saya yakin pengalaman dalam Liga Thailand menerusi Police Tero FC akan memberi manfaat yang besar,” katanya dipetik dalam kiriman terbaharu menerusi akaun Instagramnya@sumareh_jnr26.

Sebelum ini dilaporkan, pemain berasal dari Gambia itu terbabit dalam kemelut dengan Pahang selepas mendakwa pasukan itu tidak membayar gajinya beberapa bulan, sehingga memaksanya mengguna pakai klausa 8.7 yang terkandung dalam kontrak.

Dalam klausa itu, mana-mana pemain yang tidak dibayar gaji selama sebulan atau lebih, boleh memohon menamatkan kontrak dengan pasukan yang melanggar syarat kontrak.

Sumareh kemudian menyertai Police Tero FC pada 7 September lalu, namun hanya membuat empat penampilan.

Sebelum ini dilaporkan, kelab Thailand yang diberi jolokan ‘The Silver Shields Dragons’ itu memutuskan tidak melanjutkan kontrak jangka pendek pemain itu, melangkaui Disember 2020.

Sumareh dipercayai ditawarkan gaji lumayan untuk menyertai sebuah pasukan teratas Liga Super, yang akan memulakan saingan musim ini pada Februari depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here