Skudai dilanda banjir

0
1

HAMPIR 90 peratus rumah penduduk di Kampung Sepakat Baru, Skudai, Johor Bharu dilanda banjir, sejak semalam.

Dalam masa sama, hampir semua rumah tenggelam sehingga paras bumbung dan ada penduduk tidak sempat menyelamatkan kenderaan mereka.

Jalan masuk ke kampung itu hanya boleh dilalui menggunakan bot.

Ketua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung itu Azmi Basiran, berkata hampir semua penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Batu 10 Skudai, sejak semalam.

Katanya, banjir kali ini paling teruk sejak 15 tahun lalu kerana membabitkan sebahagian besar daripada 170 rumah.

“Kali terakhir banjir dahsyat yang melanda kampung itu pada tahun 2006. Keadaannya hampir serupa dengan banjir kali ini.

“Air pasang laut tnggi dan hujan lebat menjadi punca banjir berlaku. Rumah saya juga ditenggelami air kira-kira 1.5 meter.

“Ada juga rumah penduduk yang tenggelam paras bumbung,” katanya seperti Berita Harian. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here