Saringan Covid-19 percuma di Taman Bayu Perdana di Klang

0
1

KERAJAAN Selangor menggesa penduduk taman perumahan di Klang agar melakukan saringan Covid-19 bermula hari ini dan esok.

Ujian saringan bersasar komuniti melibatkan beberapa taman perumahan di Jalan Batu Unjur 5, Taman Bayu Perdana, Klang iaitu Taman Sri Andalas, Taman Bayu, Taman Desawan, Taman Desa Utama, Taman Chi Liung, Taman Petaling Indah dan Bandar Bukit Tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, saringan secara percuma itu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Orang ramai yang tinggal di beberapa taman perumahan sekitar Jalan Batu Unjur 5, Taman Bayu Perdana disaran mengambil ujian saringan bersasar komuniti yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Segera daftar di screening.selangkah.my agar proses saringan lancar,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Semalam, Selangor merekodkan 776 kes baharu Covid-19 daripada jumlah keseluruhan 2,068 kes di seluruh negara.

Ia membabitkan Petaling dengan 242 kes; Hulu Langat (218); Klang (206); Gombak (48); Sepang (22); Kuala Langat (16); Kuala Selangor (13); Hulu Selangor (tujuh) dan Sabak Bernam (empat).

Terkini, Selangor merekodkan 33,169 kes jangkitan Covid-19 yang mana 10,294 daripadanya adalah kes aktif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here