MTC Penjara Pokok Sena kini Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19

0
1

Nurul Huda Abhar

MAKE- Shift Treatment Center (MTC) Penjara Pokok Sena telah menamatkan operasinya pada 31 Disember lalu selepas beroperasi lebih dua bulan sejak 26 Oktober 2020.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, MTC ditubuhkan hasil kerjasama KKM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertujuan memberi rawatan kesihatan kepada banduan Covid-19 dari kategori satu hingga empat di Kedah.

“Ia sekali gus mengurangkan kesesakan di hospital-hospital KKM yang memberikan rawatan kepada masyarakat awam.

“Bermula 1 Januari 2021, MTC telah ditukar fungsi kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) Penjara Pokok Sena yang akan memberi perawatan kesihatan kepada banduan Covid-19 dari kategori satu dan dua di Kedah,” kata KKM dalam kenyataan hari ini.

Sepanjang MTC Penjara Pokok Sena beroperasi, seramai 227 petugas KKM telah dimobilisasi dari seluruh negara dalam pelbagai penjawatan.

Ia termasuk pakar perubatan, pegawai perubatan, pegawai farmasi, penyelia jururawat, ketua jururawat, jururawat, pembantu pegawai perubatan (PPP), pembantu perawatan kesihatan (PPK), juru-Xray, pegawai sains makmal dan lain-lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here