Nilam Oshman
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan kluster baharu dikenal pasti hari ini.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat penambahan sembilan Kluster baharu iaitu membabitkan Johor, Selangor, Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.
1 Kluster Harum
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru Johor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 Januari 2021 melalui saringan bersasar di tempat kerja, di mana
206 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Bina Casuarina
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling di Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 27 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja, di mana 53 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Batu Lapan
Kluster ini melibatkan daerah Tambunan, Ranau dan Kota Belud di Sabah, di mana 52 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Jalan Bbn
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja di mana 27 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Dewani
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 Januari 2021 melalui saringan bersasar di mana 25 kes dikesan positif Covid-19.
- Kluster Renggam
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Sepang dan Klang di negeri Selangor.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, di mana 20 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Belukar
Kluster ini melibatkan daerah Machang di negeri Kelantan, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- Kluster Kolam Permai
Kluster ini melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu serta daerah Petaling di Selangor, di mana sembilan kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Mador
Kluster ini melibatkan daerah Meradong dan Sibu di Sarawak di mana lapan kes dikesan positif Covid-19. -Malaysiapost

