Nilam Oshman
SERAMAI 1,388 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 1,352 individu dikompaun manakala 32 direman dan empat dijamin.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (623), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (424), tidak memakai dan pelitup muka (137).
“Selain itu, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (118) dan lain-lain (86),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng semalam berjaya menahan 95 pendatang asing tanpa izin (PATI). – Malaysiapost

