PENDAKWAH bebas, Ebit Lew membeli 150 kerusi roda untuk disumbangkan kepada sesiapa yang memerlukan.
Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.
Malah, beliau memberi jaminan akan menambah lagi kerusi roda jika jumlah sedia ada tidak mencukupi.
“Pohon doakan ya. Baru beli 150 kerusi roda untuk hadiahkan pada sesiapa yang memerlukan.
“Siapa perlu kerusi roda free (percuma), boleh hubungi nombor Pertubuhan Kasih Umat Malaysia 011 7078 7900.
“Insya-Allah jika habis nanti kami akan tambah lagi,” katanya.
Ustaz Ebit memang dikenali sentiasa pantas membantu golongan dalam kesusahan tanpa mengira kaum dan agama serta latar belakang.
Diharapkan usaha beliau akan terus memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan terutama ketika berdepan kesukaran akibat penularan pandemik Covid-19. – Malaysiapost
