Buka sempadan: Kesihatan, keselamatan rakyat paling utama – Adham

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan rakyat termasuk semua pihak di pintu masuk negara dalam apa jua keputusan kerajaan berhubung kemasukan pelancong ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata, beliau mengadakan perbincangan khas dengan Pengerusi Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, tengah hari tadi.

“Perbincangan ini menyentuh pelbagai aspek mengenai persediaan dan kesiapsiagaan MAHB dalam menghadapi kedatangan pelancong luar apabila pintu sempadan negara dibuka pada masa akan datang.

“Dalam kita mengalu-alukan kedatangan pelancong, kesihatan dan keselamatan rakyat dan semua pihak yang terlibat di pintu masuk negara sentiasa menjadi keutamaan dalam apa juga keputusan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Sehingga kini, pintu masuk negara masih belum dibuka kepada pelancong asing berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih menghantui seluruh dunia.

Bagaimanapun, keputusan menutup pintu negara itu dijangka berubah susulan penemuan vaksin yang mampu melawan wabak berkenaan. – Malaysiapost

Foto Kredit: Malay Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here