EPL: United lonjak ke tangga ke-2, Arsenal kembali bernafas

0
1
LEICESTER, ENGLAND - DECEMBER 26: Bruno Fernandes of Manchester United celebrates with teammates Marcus Rashford, Edinson Cavani and Axel Tuanzebe after scoring their sides second goal during the Premier League match between Leicester City and Manchester United at The King Power Stadium on December 26, 2020 in Leicester, England. The match will be played without fans, behind closed doors as a Covid-19 precaution. (Photo by Carl Recine -Pool/Getty Images)

MANCHESTER United dan Arsenal memperoleh tiga mata berharga apabila masing-masing menang 1-0, awal pagi tadi.

Jaringan Marcus Rashford pada minit ke-93 berjaya membenam Wolves 1-0 dan melonjak Manchester United ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) tatkala saingan dihimpit dengan peningkatan Covid-19.

AFP melaporkan selain penangguhan Manchester City dan Everton, 18 kes positif dicatatkan dalam kalangan pemain dan staf pasukan.

Bagaimanapun, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengharapkan saingan diteruskan seperti biasa.

“Saya tidak rasa dengan memberhentikan aksi boleh sepak ia mampu untuk mencatat perubahan.

“Dalam persekitaran kami, ia sudah dibuktikan (selamat), kami tidak berdepan terlalu banyak kes membabitkan kumpulan kami,” katanya.

Aksi awal pagi tadi menyaksikan United bernasib baik berjaya meraih tiga mata berdepan skuad muda Wolves, yang 48 jam lalu menentang Tottenham.

Rembatan Rashford pada masa kecederaan menyaksikan bola membias kerana terkena Romain Saiss ketika masa kecederaan.

Sementara itu, Arsenal mengurangkan tekanan terhadap pengurus, Mikel Arteta menerusi kemenangan 1-0 menentang Brighton.

Alexandre Lacazette masuk daripada bangku pemain simpaanan dan terus mendatangkan impak apabila meledak ke penjuru gawang hasil hantaran Bukayo Saka 21 saat selepas dimasukkan.

Kemenangan membawa Gunners ke kedudukan ke-13, ketinggalan tujuh mata daripada kelompok empat teratas.

West Brom akan menjadi lawan seterusnya buat Arsenal pada hujung minggu dan keyakinan skuad Baggies selepas seri 1-1 di Liverpool Ahad lalu dimusnahkan selepas dibelasah 5-0 oleh Leeds. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here