Tanah runtuh punca gangguan air di Petaling

0
1

INSIDEN tanah runtuh di Damansara Utama menyebabkan paip putus hingga berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di 43 kawasan di wilayah Petaling.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah memulakan kerja pembaikan paip yang terputus akibat insiden berkenaan.

“Bagaimanapun, jangkaan kerja pembaikan siap masih tidak dapat dipastikan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Antara lokasi yang terjejas adalah Kampung Padang Tembak, Kampung Bukit Lanjan, Kampung Sungai Kayu Ara, Kampung Sungai Penchala, Phileo Damansara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Pinggiran TTDI, Tropicana Golf dan Country Club, Universiti Malaya dan beberapa lagi kawasan sekitar.

Air Selangor berkata, untuk maklumat lanjut dan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ini, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

“Pengguna juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here