SEORANG wanita berusia 25 tahun yang menjalani pembedahan bersalin secara caesarean terpaksa dibedah kali kedua setelah peralatan pembedahan forsep tertinggal dalam perutnya.
Peguamnya, Aloysius Cornelius Susek dan Tisya Yunus berkata wanita itu berasa sakit dan muntah-mutah selepas dibenar keluar wad di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Menurut peguam, mangsa juga memulakan tindakan undang-undang terhadap doktor, pegawai perubatan dan hospital itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Julai lalu.
Aloysius berkata pihak hospital bersetuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah pada Disember dan penghakiman persetujuan akan direkodkan pada 6 Januari, lapor The Star.
Katanya, kedua-dua ibu dan anak selamat tetapi wanita itu sekarang “sangat trauma”.
Peguam mengakui kesalahan manusia boleh berlaku tetapi ia bukan alasan untuk mengizinkan kecuaian. – Malaysiapost
