KKM sudah jangka kes Covid-19 meningkat pada Disember

0
1

Nurul Huda Abhar

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham akui bimbang apabila kes Covid-19 di negara ini pernah mencapai angka sifar tiga hari berturut-turut sebelum ini.

Ini kerana, katanya, mungkin rakyat akan alpa dan mengambil mudah sehingga menjadikan kes jangkitan meningkat kembali.

“Pada Ogos lalu saya telah mengingatkan iaitu kita jangkakan kes akan meningkat pada Disember, mungkin mutasi daripada virus tersebut.

“Hari ini kita dapati ada dua mutasi di penjara kita, iaitu 614G dan A701B. Sekarang mutasi telah dikesan di United Kingdom,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes jangkitan Covid-19 luar negara semakin meningkat ketika musim sejuk.

Katanya, ada kemungkinan juga di negara ini akan berlaku peningkatan kes baharu.

“Yang paling penting adalah kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP). Kalau rakyat boleh patuh pada SOP, kita mungkin boleh membendung penularan jangkitan Covid-19.

Sementara itu, beliau berkata pengajaran yang boleh dilihat atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berjaya dari sudut kesihatan tetapi memberi impak dari sudut ekonomi negara.

“Pada gelombang ketiga KKM kalau boleh memang mahu PKP, tetapi disebabkan impak ekonomi yang tinggi kita gunakan PKP Bersyarat.

“PKPB telahpun berjaya, kalau tak laksanakan PKPB, kita jangkakan empat juta rakyat Malaysia akan dijangkiti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here