1,594 kes baharu, 3 lagi kematian hari ini

0
1

Nurul Huda Abhar 

SEBANYAK 1,594 kes jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 697 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 106,690. 

“Selangor melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 697, Kuala Lumpur 194 kes, Johor 191 kes dan Sabah 157 kes. 

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 455,” katanya dalam sidang media, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 116 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here