Seorang maut, 4 cedera kereta terbabas

0
1
grafik

SEORANG maut dan empat termasuk bayi berusia sebulan cedera selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 11.8 Lebuhraya Grand Saga, Kajang, semalam. 

Khoo Suat Teng, 36, yang juga penumpang hadapan kenderaan terbabit disahkan maut dalam kejadian jam 10.45 malam itu. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata nahas dipercayai berlaku apabila Toyota Vios dinaiki lima sekeluarga itu membrek secara mengejut sebelum berpusing dan terbalik. 

“Kejadian menyebabkan penumpang hadapan bersama bayinya tercampak keluar dan tiga yang lain cedera ringan sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Azman berkata, pemandu kenderaan yang terselamat mendakwa dirempuh dari belakang oleh kenderaan tidak dikenal pasti menyebabkan dia brek mengejut. 

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan polis mendapati tidak terdapat kesan rempuhan di bahagian belakang kereta. 

“Kereta berkenan ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk pemeriksaan,” katanya. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here