Nilam Oshman
PELAKON, Fauzi Nawawi memberi amaran kepada dua akaun media sosial yang menyiarkan gambar keluarganya tanpa kebenaran.

Menerusi Instagramnya, suami kepada aktres Lisdawati itu meminta pihak berkenaan memadamkan iklan tersebut dalam tempoh 12 jam, atau beliau akan membuat laporan polis.
“Saya tak suka nak marah-marah pagi ini tapi tolonglah jangan buat hal yang boleh menaikkan nafsu amarah orang lain dengan buat kerja tak betul ini.
“Pada akaun Facebook (Kunci Menuju Kejayaan) dan Instagram (Bantuan Sukacita 2021) yang saya post ni tolong padam gambar saya dan keluarga yang tak ada kena mengena dengan pelaburan anda.
“Kami tak tahu menahu pun tentang pelaburan itu dan gambar kami sekeluarga dijadikan alat untuk menarik minat pelabur.
“Kalau minta izin sekurangnya kami tahu. Kalau pelaburan itu sejenis scammer!?? Apa jadi pada pelabur dan keluarga saya?
“Saya minta sangat akaun ini dipadam dalam masa 12 jam dari sekarang atau saya akan buat laporan polis,” tulisnya.
Fauzi berkata, beliau tidak kisah jika foto dia dan keluarga digunakan untuk tujuan baik dan bermanfaat tapi seandainya sebaliknya, diminta padam.

“Saya tak kisah kalau gambar kami digunakan untuk tujuan promosi produk atau program manfaat! Tapi jangan salah gunakan.
“Saya berterima kasih pada yang tolong beritahu saya tentang akaun-akaun palsu yang mengguna pakai gambar artis dan selebriti.
“Saya harap sangat anda semua beri kerjasama kepada kami sebelum lebih ramai teraniaya,” katanya. – Malaysiapost

