KINI Pendeposit Tabung Haji (TH) tidak perlu lagi membuat surat rayuan untuk mengerjakan haji sebaliknya boleh membuat rayuan menggunakan aplikasi THiJARI.
Kemudahan terbaharu TH itu dibina untuk membantu orang ramai, khususnya kepada mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Al Bakri, berkata mereka yang ingin membuat rayuan tidak perlu lagi ke pejabat TH, seperti sebelum ini.
“Selain rayuan, aplikasi ini dibangunkan untuk membantu bakal haji menyemak pendaftaran haji, status rayuan, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai perkhidmatan lain dengan mudah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 di Menara TH, hari ini.
Muzakarah bertema ‘Menghayati Istito’ ah Haji dalam Menangani Wabak’ itu diadakan dalam talian selama tiga hari membabitkan 500 Pengkrusus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) serta pakar agama bagi menetapkan pendirian ibadat, keseragaman hukum-hakam serta penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah.
Dalam muzakarah itu, sebanyak lima kertas dibentang dan dibincangkan Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Ibadat Haji yang meliputi isu kemampuan mengerjakan haji ketika tempoh Covid-19. -Malaysiapost

