Covid-19: Malaysia bebas varian baharu

0
1

KERJAAN belum menerima sebarang laporan mengenai varian baharu Covid-19 dari United Kingdom (UK) yang didakwa lebih mudah merebak, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, negara masih lagi tidak membuka sempadan secara sepenuhnya dalam usaha mengekang penularan pandemik itu atau sebarang virus lain yang mengancam kesihatan rakyat.

“Kita akan mengawal sempadan dan belum buka sepenuhnya kerana bimbang kes-kes luar negara seperti yang berlaku di England sehingga beberapa negara menyekat penerbangan dari UK.

“Setakat ini tiada laporan di Malaysia tetapi jika ada kita akan buat seperti kluster Sivagangga oleh itu kawalan sempadan amat penting untuk diberi keutamaan pada masa ini,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan jangkitan varian baharu itu menyebabkan sekatan Covid-19 diperketatkan di beberapa bahagian di UK termasuk England, Scotland dan Wales.

Kerajaan Britain menyifatkan jangkitan varian baharu yang diberi nama VUI 202012/01 itu lebih mudah berjangkit berbanding varian terdahulu.

Selain itu, pakar memaklumkan virus sering menjalani proses mutasi sepanjang masa dan keadaan itu menjadi antara faktor kewujudan varian baharu dalam Covid-19. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here