Lantik wanita ‘amil zakat’, bukan orang kafir – Aswaja

0
1

Nilam Oshman

PERTUBUHAN Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) menyarankan golongan wanita dilantik sebagai ‘amil zakat’ berbanding syarikat atau individu bukan Islam.

Presidennya, Dr Zamihan Mat Zin mencadangkan perkara itu supaya agensi agama Islam negeri dapat melantik wakil wanita sebagai Amil Zakat.

“Walaupun, ulama mengatakan ia tidak boleh sebab wanita mempunyai kelemahan, namun sebaliknya ada sebahagian ulamak dan mazhab Shafie mengatakan ia boleh,” katanya kepada Malaysiapost.

Justeru, beliau berkata, Aswaja memberi cadangan tersebut yang disifatkan lebih baik berbanding daripada melantik orang kafir.

“Lagipun, wanita ini ramai serta mempunyai tenaga proaktif, malah dapat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, janda.

“Jadi, kalaulah agensi agama ini lantik wanita muslimah sebagai amil zakat sekali gus dapat membantu pendapatan mereka ,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, Lembaga Zakat dan Pusat Pungutan Zakat dapat mengangkat darjat wanita itu sendiri dalam urusan muamalah Islam termasuk zakat.

“Orang bagi kepada Shopee, jadi kita cuba nak tukar amil zakat itu kepada wanita.

“Orang tak bagi idea itu, kita yang bagi idea ini bukan (niat) mengkritik saja tapi saya sediakan solusi bagi konflik yang berlaku ini,” katanya.

Sehubungan itu, Zamihan berkata, ada beberapa kelebihan dan manfaat melantik Amil dalam kalangan wanita.

“Ulama kata benar maka kita teruskanlah (cadangan),” katanya.

Yang kedua, tambahnya, Majlis Agama Islam perlu melantik wanita kerana mereka proaktif dalam bidang ekonomi, unik, aktif bekerja dan penyumbang pembangunan negara.

“Ketiga apabila kita lantik wanita maka menggalakkan wanita-wanita muslimah lain yang berkerjaya dan pendapatan ini supaya bayar zakat.

“Dan ia menanamkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan wanita untuk bayar zakat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, langkah itu boleh membantu wanita untuk meningkatkan ekonomi kendiri

“Bayangkan di Kelantan, ramai wanita berkerjaya dalam bidang perniagaan, mereka ini ada kesedaran bayar zakat pastinya zakat itu meningkat.

“Paling mudah wanita ini zakat emas, perniagaan, pendapatan dan banyak lagi. Jadi dana umat Islam itu berlegar dalam kalangan orang Islam sahaja bukan mengalir keluar atau pun syarikat bukan Islam yang dapat manfaat di sebalik agihan zakat,” katanya.

Beliau berkata, matlamat zakat itu menyucikan harta bagi pembayar dan juga penerima serta ia menggerakkan dan merangsangkan ekonomi Ummah.

“Objektif zakat ini juga boleh kongsi kekayaan negara.

“Malah semua pihak yang terlibat dalam pembayaran zakat ini perolehi keberkatan daripada Allah SWT dan dapat mengelak kemudaratan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here