Esok masih ada – Nga Kor Ming

0
1

BERBAKI dua hari, Pakatan Harapan (PH) dijangka mendesak persidangan Dewan Rakyat untuk membenarkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan.

Menerusi ciapan Twitter, Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming berkata, peluang PH untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih terbuka.

“PH sudah minta belah bahagi untuk bacaan terakhir Belanjawan 2021. Keputusan undi 111 vs 108 menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih gagal memperolehi majoriti 112 seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Jangan putus asa, esok masih ada,” katanya.

Semalam, Belanjawan 2021 diluluskan untuk bacaan kali ketiga menerusi undi belah bahagi yang dimohon pembangkang.

Blok kerajaan mendapat kemenangan tipis dengan majoriti 3 undi iaitu 111 manakala blok pembangkang mendapat 108 undi.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah merupakan wakil rakyat tunggal tidak hadir di Dewan Rakyat semalam. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here