MP Kimanis nafi tandatangani SD sokong Anwar

0
1

AHLI Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan menyatakan beliau ‘sebahagian’ wakil rakyat Umno yang menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan, perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali apatah sebagai peguam, beliau faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat.

“Justeru, saya ingin menyatakan seperti berikut, bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, laporan menyebut Anwar yang juga Presiden PKR telah mempunyai senarai wakil rakyat yang menyokongnya menerusi SD untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk 10 Ahli Parlimen Umno.

Antaranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, sebahagian wakil rakyat yang disebut-sebut menyangkal dakwaan berkenaan.  – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here