Gangguan air di 6 kawasan Shah Alam malam ini

0
2

ENAM kawasan di Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip pecah melibatkan Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25, malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air itu ekoran kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24.

“Bekalan air akan ditutup pada jam 10:30 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dan dijangka siap pada jam 8 pagi esok.

“Enam kawasan akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air bagi pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari esok.

“Pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat mengikut jarak premis dan tekanan air apabila bekalan air mula disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” katanya.

Pengguna diminta mendapatkan maklumat yang sahih hanya di medium komunikasi rasmi iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here