Tak mahu suara terikat, Putra enggan sertai mana-mana blok politik

0
1

Nurul Huda Abhar

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengumumkan tidak akan menyertai mana-mana blok politik supaya tidak terikat bagi membolehkan parti itu bersuara lantang dalam isu-isu membabitkan kepentingan bangsa pribumi.

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, jika hendak mengembalikan semula maruah negara perlulah membaiki segala kepincangan yang berlaku dalam semua aspek.

“Meletakkan kembali Malaysia sebagai negara berdaulat dengan kekuatan ekonomi sebagai digelarkan Harimau Asia dahulu, formulanya ialah rakyat kena pilih parti yang bersih, bermoral, berani dan tegas.

“Rakyat mesti menolak pimpinan seperti ‘Ayam Berkokok Tetapi Hari Tak Siang’,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Agung Putra, hari ini.

Tambahnya, beliau yakin semua isu tersebut dapat diselesaikan termasuk perpecahan umat Melayu, perpecahan antara kaum dan ekonomi yang merudum jikalau negara dipimpin oleh pemimpin yang bersih dan bermoral.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika rakyat berterusan menyokong pemimpin yang hipokrit, munafik, mengamalkan rasuah dan menjalani cara hidup mewah maka negara akan menerima akibat yang buruk.

“Maka sudah tentu tiada ada apa yang boleh kita harapkan.

“Terimalah hakikat Bangsa Pribumi akan kekal ‘Melukut Di Tepi Gantang’ dan ‘Menang Sorak Kampung Tergadai’ akan berterusan,” ujarnya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here