Covid-19: 1,937 kes baharu, 9 kematian direkodkan hari ini

0
1
grafik

Nilam Oshman

JUMLAH baharu kes positif Covid-19 hari ini mencatatkan 1,937 kes membabitkan 1,935 kes tempatan dan dua kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan kes kumulatif positif di Malaysia sebanyak 82,246 kes dengan kes aktif sebanyak 13,751 kes sehingga jam 12 tengah hari tadi. 

Beliau berkata, Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 823 kes di mana 714 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 429 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 238 kes.

“Sebanyak 725 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes), Kluster Tembok (43 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes).,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 121 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Serta terdapat pertambahan sembilan kes kematian melibatkan warganegara, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 402 kes,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here