‘Tangan ghaib’ cuba atur jawatan KP Jakim

0
1

Aiman Hanif

JAWATAN Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menjadi tanda tanya apabila masih belum diisi meskipun sudah lebih dua bulan kerusi itu kosong selepas kematian Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya.

Menurut sumber, sebulan lalu sudah sembilan calon dipanggil untuk ditemuduga bagi mengisi jawatan itu termasuk dalam kalangan pegawai tadbir diplomatik.

Jelas sumber, ia memecah tradisi Jakim apabila “orang luar” dipanggil temuduga bagi bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

“Sebelum ni pelantikan Ketua Pengarah Jakim dibuat secara normal. Yakni apabila Ketua Pengarah tamat tempoh perkhidmatan, maka Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan surat pelantikan Ketua Pengarah baharu yang diambil dari kalangan mereka yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim.

“Ini tradisi Jakim, memandangkan jawatan Ketua Pengarah kebiasaannya untuk mereka yang berkhidmat di Jakim sahaja dan mempunyai latar belakang pengajian Islam.

“Bagaimanapun temuduga diadakan kerana ada tangan-tangan ghaib sedang mencatur kroni mereka untuk menjawat jawatan berkenaan,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Jakim Paimuzi Yahya disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 1 petang.

Perkara it disahkan Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Dalam pada itu, sumber berkata “tangan ghaib” yang cuba mencaturkan jawatan itu ingin meletakkan “orangnya” menduduki kerusi berkenaan.

“Kita harus tahu Jakim mempunyai peruntukan yang agak banyak. Jadi penting untuk tangan ghaib ini meletakkan orang bagi kerusi penting itu.

“Malah, agak mengejutkan jika mereka yang tidak berlatar belakangkan pendidikan agama menduduki jawatan itu,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here